MOSTI Komited Memperkasa Ekosistem Start-up Menerusi Sesi Libat Urus – Dr Adham

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited membangunkan pelbagai program dan inisiatif untuk memperkasakan teknologi, inovasi dan keusahawanan bagi menyokong ekosistem start-up di Malaysia.

“Ekosistem start-up di Malaysia mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. MOSTI mewujudkan pelbagai program bagi menyokong pembangunan startup dan ini dapat dicapai menerusi pengisian yang tertumpu kepada pembangunan kapasiti dah modal insan,” kata Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Beliau berkata demikian ketika menyertai sesi libat urus bersama 19 syarikat start-up daripada pelbagai industridi ibu negara pada hari ini.

Sesi libat urus itu dianjurkan oleh Cradle Fund dengan kerjasama rakan media, Astro Awani. Turut hadir, Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.

Menurut kenyataan media MOSTI, sesi libat urus yang diadakan berkonsepkan dialog terbuka ini memberi ruang kepada syarikat-syarikat pemula bertanyakan soalan serta berkongsi pandangan tentang kedudukan start-up di Malaysia dan cabaran yang dihadapi.

“Antara lain, sesi libat urus ini turut membincangkan kaedah dan pendekatan terbaik dalam menyediakan sokongan kepada start-up tempatan.

“MOSTI yakin interaksi dua hala di antara kerajaan dan syarikat start-up sebegini dapat menghimpunkan input bermanfaat untuk memperkasakan ekosistem komuniti start-up di Malaysia untuk berkembang. Sesi ini juga menggabungkan idea-idea lama yang menjurus kepada penciptaan idea baharu.

“Dengan usaha pengukuhan rangkaian bersama ekosistem start-up ini, MOSTI percaya lebih banyak peluang dapat diwujudkan bagi memenuhi keperluan syarikat startup dalam usaha memperkasakan ekonomi dan mendigitalkan perniagaan,” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, pada bulan lalu, Cradle telah melancarkan dua geran baharu iaitu CIP SPARK yang menawarkan pembiayaan kepada individu, syarikat persendirian, perkongsian liabiliti terhad dan syarikat jenis sendirian berhad dan CIP Sprint pula yang menawarkan pembiayaan kepada syarikat jenis sendirian berhad termasuk syarikat milikan universiti dan institusi pendidikan yang mana kedua-duanya melibatkan tempoh pembiayaan selama 18 bulan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat