EPU Ketuai Perbincangan Teknikal Pelaksanaan M-WEZ – Mustapa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan mengetuai sesi perbincangan di peringkat teknikal bagi memperhalusi cadangan pelaksanaan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perkara itu menjadi keutamaan susulan permohonan kerajaan negeri Melaka yang mahu pelaksanaan M-WEZ dipertimbangkan memandangan Melaka kini tidak termasuk dalam mana-mana koridor ekonomi.

“Kerajaan Melaka telah memohon supaya diberi perhatian kepada cadangan M-WEZ yang sudahpun dibentangkan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN), pihak EPU akan adakan perbincangan di peringkat teknikal sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi.

“Cadangan ini sudah dibentang kepada saya dan juga Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) juga telah dimaklumkan, cuma dari segi pelaksanaan konsep ini kita akan perhalusi lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus RMK-12 bersama Kerajaan Negeri Melaka, di sini.

Mustapa berkata antara perkara lain yang turut menjadi hasrat kerajaan Melaka melalui RMK-12 adalah supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pembinaan lebuhraya pesisir pantai sepanjang 52 kilometer di negeri itu.

“Kerajaan Melaka telah nyatakan hasrat mereka agar permohonan ini dipertimbangkan kerana ia belum tersenarai dalam Rolling Plan Pertama dan Kedua RMK-12,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata melalui RMK-12, kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak hampir RM10 billion kepada kerajaan Persekutuan bagi menjayakan pelbagai projek di negeri itu.

“Namun jumlah sebenar yang akan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan adalah mengikut mana yang menjadi keutamaan, kerajaan pusat akan melihat semula berapa jumlah yang boleh dibantu,” katanya.

Sulaiman berkata jumlah peruntukkan yang diterima oleh Melaka melalui Rolling Plan pertama dan kedua RMK-12 adalah hampir RM1 billion setakat ini dan peruntukkan bagi lain-lain projek akan dimasukkan dalam Rolling Plan seterusnya.

Terdahulu dalam sesi libat urus RMK-12, Mustapa turut memberi jaminan bahawa penekanan akan diberikan kepada usaha menangani isu kemiskinan dan memperkukuh insklusiviti serta mencapai taraf hidup yang wajar.

Selain itu, katanya sektor pelancongan di Melaka juga akan diberikan perhatian menerusi RMK-12 di mana ia merupakan sektor ekonomi utama di negeri itu. – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat