Nynaa, suami terpisah sebab campur tangan orang luar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Nynaa Harizal, 26, berkongsi isu panas yang memalit hubungan suami, Mohamed Fahmi Ilyas, 30, dan keluarganya masih memberi kesan.

Seperti yang diketahui, Nynaa dan Mohamed Fahmi berjaya menyelamatkan bahtera rumah tangga mereka selepas insiden persengketaan bersama keluarganya, hujung tahun lalu.

Nynaa berkata, hubungannya dengan suami berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun, isu berkenaan masih meninggalkan kesan terhadap keluarganya.

“Sebelum dan selepas berkahwin, keluarga serta rakan-rakan tahu kami tiada masalah. Namun, disebabkan insiden ini keadaan agak sukar dan mencabar.

“Susah mahu menjelaskannya, tetapi Alhamdulillah, kami baik sahaja. Soal hubungan dengan keluarga, bohonglah kami tidak berdepan masalah, mesti ada.

“Sekarang saya hanya berharap semuanya akan kembali seperti sedia kala. Ini kerana saya sangat mementingkan keluarga, tetapi sekarang suami pula keutamaan sebab sudah kahwin,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela dan Chandelier itu berkata, dia masih berhubung dengan keluarga, cuma, isu berkenaan masih meninggalkan kesan.

“Saya percaya semua akan okay. Keluarga pun lama-lama akan berbaik juga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Mic On! musim kedua, di sini, semalam.

Bekas peserta Dewi Remaja 2019/2020 itu berkata, dia tidak merasakan kontroversi rumah tangga memberi kesan terhadap kerjaya kerana masih menerima tawaran berlakon.

Bagaimanapun, katanya, dia memilih berehat untuk sementara waktu.

“Saya rasa insiden ini tidak memberi kesan kerana masih menerima tawaran berlakon. Cuma, buat masa sekarang, saya tolak dahulu sebab mahu rehat dan menikmati kehidupan.

“Insya-Allah, saya akan kembali berlakon,” katanya.

 

Mohamed Fahmi menafikannya insiden yang berlaku disebabkan gimik dan mahu popular. - Foto IG Nynaa Harizal
Mohamed Fahmi menafikannya insiden yang berlaku disebabkan gimik dan mahu popular. – Foto IG Nynaa Harizal

 

Mohamed Fahmi turut mengiyakan mengenai hubungan baiknya dengan isteri, malah, kehidupan mereka kembali normal.

“Kehidupan saya dan isteri berjalan seperti biasa dan baik. Segala-galanya kembali seperti sedia kala selepas saya bertemu semula Nynaa selepas insiden berlaku pada November, tahun lalu.

“Apa yang saya boleh cakap, insiden itu berlalu disebabkan campur tangan orang luar,” katanya.

Tambah Mohamed Fahmi, meskipun keluarga amat penting, namun harus ada batasan.

“Memang keutamaan suami pada isteri, tetapi, keluarga juga penting. Namun, keluarga kenalah tahu batasan, baik keluarga saya mahupun Nynaa.

“Sebagai manusia biasa dan bergelar suami isteri, kami ada matlamat dalam hidup. Jadi, kita tidak boleh ikut haluan orang lain.

“Kami bukan robot ataupun mesin yang ditekan-tekan butang kemudian berjalan. Apapun, kena faham mengenai batasan,” katanya.

Mengulas dakwaan segelintir pihak yang mengatakan masalah rumah tangga mereka hanya gimik, Mohamed Fahmi menafikannya.

“Jika insiden ini hanya gimik, macam-macam cara lain yang boleh popular. Namun, ini membabitkan isu peribadi.

“Jadi, memang gila hinggakan saya tidak berharap perkara sama berlaku kepada musuh saya,” katanya.

Dalam masa sama, Mohamed Fahmi meluahkan penghargaan kepada media massa yang banyak membantunya menjernihkan hubungan dengan Nynaa ketika berdepan kemelut itu.

Terdahulu, konflik rumah tangga pelakon filem Town Mall itu tercetus apabila didakwa diculik ahli keluarganya sendiri.

Mohamed Fahmi membuat laporan polis terhadap tindakan bapa mentua dan membuka fail tuntutan nusyuz terhadap Nynaa selepas hampir dua minggu keluar tanpa kebenaran.

Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru pada 10 November lalu.

Namun, Nynaa kembali ke pangkuan Mohamed Fahmi dan rumah tangga diteruskan tanpa memilih jalan perpisahan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat