Dua ADUN dan Seorang Bekas Senator Umum Keluar DAP

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang bekas senator mengumumkan keluar DAP sebentar tadi, lapor portal FMT.

ADUN Sri Tanjong Justin Wong dan ADUN Elopura Calvin Chong serta bekas senator Adrian Lasimbang berkata mereka memulakan kerjaya politik masing-masing demi berjuang untuk Sabah.

Ini termasuk bagi lebih autonomi, infrastruktur yang lebih baik, malah “lebih penting lagi, masyarakat inklusif yang mengatasi bangsa dan agama.”

“Malangnya kami tidak mencapainya menerusi DAP Sabah.

“Kurang kepercayaan ditunjukkan oleh kepemimpinan kami dalam jawatankuasa negeri, khususnya Pengerusi (Frankie Poon),” kata mereka menerusi satu kenyataan bersama, dipetik dari laporan tersebut.

Justin Wong mendakwa DAP sudah hilang arah serta mengalami perbalahan dalaman dan masalah komunikasi yang teruk antara pemimpinnya.

“Jadi dengan berat hati kami mengumumkan akan meninggalkan DAP berkuat kuasa serta-merta.

“Kami menganggap wujud keperluan mendesak bagi memilih platform lebih sesuai yang mampu membuka ruang untuk kami berkhidmat dengan lebih baik untuk negeri tercinta ini.

“Saya tidak mahu membincangkan ke mana akan kami pergi buat masa ini, cukuplah kami katakan mahu berkhidmat untuk rakyat Sabah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat