Shamsuddin mula tugas Timbalan Panglima TLDM

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin Hj. Ludin telah memulakan tugas rasmi sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut (TLDM) di Wisma Pertahanan, dekat sini pada Selasa.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataannya memaklumkan, Shamsuddin sebelum ini telah memegang jawatan Panglima Armada Barat TLDM pada 18 Oktober 2023.

“Ketibaan Shamsuddin ke Wisma Pertahanan disambut oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Laksamana Muda Badarudin Taha dan Asisten Ketua Staf Pentadbiran, Laksamana Pertama Kamaruddin Omar serta barisan pengurusan tertinggi Markas Tentera Laut.

“Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Pegawai Kanan Skuadron Penangkis Periuk Api Ke-26 semasa memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah KD Mahamiru dan Pegawai Kanan Skuadron Frigat Ke-23, ketika memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah KD Jebat,”kata kenyataan itu.

“Selain itu, beliau pernah memegang jawatan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan di Markas Tentera Laut, Ketua Pengarah Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan di Markas Angkatan Tentera Malaysia.

“Shamsuddin berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan dan Kajian Pertahanan dari Universiti Canberra, Australia dan Ijazah Sarjana dalam bidang Maritime Studies dari Universiti Wollongong, Australia.

“Beliau juga telah menamatkan pengajian Command and Staff College di Australia serta Naval Command Course U.S Naval War College di Rhode Island,”katanya.

“Shamsuddin telah menerima anugerah Pakar Keselamatan Siber Tahun 2021 oleh Cyber Security Malaysia sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan dan inisiatif beliau dalam bidang keselamatan siber.

“Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan diiktiraf sebagai Profesional Teknologis oleh Lembaga Teknologis Malaysia, ”kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Shamsuddin telah menyerahkan tugasnya sebagai Panglima Armada Barat kepada penggantinya Laksamana Madya Mohamad Azuwan Harun, disaksikan oleh Panglima TLDM Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain di Markas Pemerintahan Armada Barat, Lumut pada Isnin.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat