Tidak Rasmi: BN Menang PRN Melaka, Kuasai 19 Kerusi DUN Setakat Ini

- Advertisement -

CYBERJAYA – Keputusan tidak rasmi perolehan kerusi parti-parti yang bertanding dalam PRN Melaka setakat ini menyaksikan BN hampir pasti diumum sebagai pemenangnya.

Sehingga kini BN menang 19 daripada 28 kerusi DUN yang ditandingi, meningkat enam kerusi berbanding hanya 13 kerusi yang dimenangi pada PRU14 lalu.

UMNO selaku komponen utama BN menang di 16 kerusi manakala calon MCA menang 2 dan MIC 1 kerusi.

Sementara pencabar terdekat iaitu Pakatan Harapan (PH) dilaporkan menang 5 kerusi DUN, 4 menerusi calon DAP dan satu lagi kerusi dimenangi calon Amanah.

Sementara Perikatan Nasional (PN) pula setakat ini hanya memperolehi 2 kerusi, kedua-duanya menerusi calon Bersatu.

PAS yang menjadi komponen PN sehingga kini belum menang di mana-mana kerusi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat