Enam Kali Gangguan Bekalan Air Tahun Ini Kerana Pencemaran Sungai – Air Selangor

- Advertisement -

SHAH ALAM – Empat Loji Rawatan Air (LRA) dikendalikan Air Selangor Sdn Bhd iaitu Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas sebanyak enam kali tahun ini ekoran pencemaran sungai.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata henti tugas keempat-keempat oji tersebut menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual kepada kira-kira 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang.

Katanya, tanggungjawab Air Selangor hanyalah sebagai operator pengendali bekalan air dan membuat pemantauan di muka sauk bagi memastikan bekalan air mentah yang bersih disalurkan kepada pengguna.

Namun Suhaimi berkata penguatkuasaan terhadap pencemaran sumber air mentah pula adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan beberapa agensi berkaitan.

“Tugas kami apabila ada pencemaran (bekalan air mentah) adalah menghentikan operasi (LRA) dan mencuba sedaya upaya memberi maklumat secepat mungkin kepada pengguna,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemberian Air Minuman kepada penduduk Rimba Jaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata setakat pukul 4.30 petang tadi, sebanyak 55 peratus atau 715 daripada 1,292 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya susulan gangguan bekalan air tidak berjadual semalam.

“Sebanyak 577 kawasan masih terjejas dan dalam proses pemulihan bekalan air. Kami sedang memaksimumkan usaha bagi menyalurkan bekalan air kepada lokasi terjejas.

“Pihak kami menyasarkan masa pemulihan sepenuhnya untuk kesemua 1,292 kawasan adalah pada 8 pagi Khamis ini,” katanya

Suhaimi berkata pihaknya juga telah menggerakkan 129 lori tangki ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan kawasan perumahan.

Sejumlah 1,196,457 pemegang akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas empat LRA Sungai Selangor dihenti tugas, ekoran pencemaran sumber air mentah pada Isnin lepas. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat