Isteri Saya Hanya Berkongsi Rasa Gembira, Dia Dah Mohon Maaf – MB Selangor

- Advertisement -

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berharap isu gambar kolam renang yang dimuat naik isterinya ketika rakyat Selangor dilanda gangguan bekalan air tidak dipanjangkan, selepas permohonan maaf semalam.

Amirudin berkata, isterinya, Masdiana Muhamad, sudah meminta maaf atas perkongsian yang mengundang kritikan itu, menjelaskan beliau hanya hendak sampaikan rasa gembira selepas hampir sehari menunggu bekalan air daripada Air Selangor.

“Tidak mengapalah, mungkin isu itu dijadikan sebagai bahan serangan. Saya harap semua perlu berhati-hati dan kita minta maaf atas kesilapan itu,” katanya pada sidang media di Dialog Belanjawan Selangor 2021 hari ini.

Masdiana semalam memohon maaf sekiranya muat naik gambar kolam renang di Instagram baru-baru ini menyebabkan salah tafsir dan mengguris perasaan, ketika bekalan air hampir 1.2 juta akaun di 7 wilayah Lembah Klang terjejas sejak Khamis.

Beliau juga menjelaskan dakwaan mengatakan lori tangki Air Selangor ke rumahnya untuk memenuhkan kolam renang tidak benar sama sekali. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat