Ahli Politik Perlu Fokus Pemulihan Ekonomi & Covid, Henti Pentingkan Diri – Salleh Said

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak melahirkan kebimbangannya mengenai impak negatif yang dihadapi ekonomi negara kesan daripada pandemik Covid-19 yang turut menyebabkan ekonomi dunia meleset.

Beliau berpendapat, walaupun saintis menjangkakan tahun depan vaksin Covid-19 akan berjaya dihasilkan, namun kehidupan rakyat dan ekonomi negara memerlukan masa bertahun-tahun untuk pulih kembali.

“Pakar-pakar menjangkakan kemelesetan ekonomi global akibat pandemik Covid-19 ini adalah lebih teruk daripada yang pernah dialami dunia dalam dekad 1920-an dahulu.

“Ini bukanlah satu petanda baik untuk Malaysia. When the West sneezes, Malaysia catches a cold. Kemelesetan ekonomi di Barat sudah pasti akan membawa kesan kepada kita.

“Dalam era globalisasi hari ini, tiada satu negara pun yang hidup dalam vakum. Malaysia bergantung kepada Barat sebagai sumber pasarannya, jadi apabila Barat sengsara, kita turut sengsara,” ujarnya, dipetik dari blog beliau, SallehSaid.com.

Menurutnya lagi, Raja-Raja Melayu menerusi kenyataan rasmi istana masing-masing juga membayangkan kebimbangan yang hampir sama.

Beliau melontarkan persoalan, “mampukah kita bertahan untuk setahun lagi, atau untuk enam bulan yang akan datang jika kita terus begini?”.

“Mungkin tidak, kecualilah jika ahli-ahli politik mula mementingkan rakyat dan berhenti mementingkan diri mereka sendiri.

“Mengapa tidak? Ia boleh dilaksanakan jika kita semua bekerjasama. Kita boleh bekerjasama jika kita berfikir sebagai satu pasukan.

“Namun, bagaimana kita hendak membentuk satu pasukan sekiranya kita tidak berfikir sebagai satu pasukan? Inilah yang membimbangkan rakyat Malaysia, dan juga Raja-Raja kita,” katanya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat