Sektor Kesihatan Dijangka Dapat Peruntukan Tertinggi Dalam RMK-12, Bajet 2022

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sektor kesihatan dijangka mendapat peruntukan yang lebih tinggi daripada kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan Bajet 2022 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Begitupun, persoalan yang timbul, adakah kerajaan akan mengurangkan peruntukan bagi kementerian lain supaya dapat meningkatkan dana kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk RMK-12 dan Bajet 2022?

Untuk rekod, terdapat peningkatan ketara dalam peruntukan kepada KKM pada 2021 malah RM4.72 bilion yang diperuntukkan adalah 6.8 peratus daripada RM69 bilion yang dianggarkan untuk perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2021.

Jumlah itu lebih besar berbanding RM2.68 bilion yang diperuntukkan pada tahun 2020 serta RM8.61 bilion yang diperuntukkan dan dibelanjakan selama lima tahun, antara 2016 hingga 2020 melalui RMK-11.

Menurut laporan The Edge, Bank Dunia sebelum ini mengatakan bahawa kerajaan perlu menaikkan peruntukan setiap tahun untuk sistem penjagaan kesihatan awam.

Jumlah dibelanjakan Malaysia untuk penjagaan kesihatan iaitu dua hingga 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dilihat agak sedikit berbanding perbelanjaan purata 3.84 peratus melibatkan negara berpendapatan sederhana pada 2018.

Hakikatnya, RMK-12 dilihat bukan hanya untuk meredakan tekanan kepada sektor kesihatan awam tetapi meningkatkan kemampuan negara untuk mencegah dan mengatasi wabak pada masa depan.

Dalam pada itu, menurut laporan itu lagi, RMK-11 menyaksikan hampir separuh daripada perbelanjaan pembangunan berjumlah RM253 bilion diperuntukkan kepada empat kementerian.

Kementerian tersebut ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Di bawah Bajet 2021 yang juga tahun pertama RMK-12, kira-kira 31 peratus daripada perbelanjaan pembangunan diperuntukkan kepada Kementerian Kewangan (20.5 peratus) dan Jabatan Perdana Menteri (10.5 peratus).

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat