Kota idaman gamit pelancong

- Advertisement -

PENULARAN pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang terpaksa menangguhkan percutian ke negara idaman mereka.

Meskipun banyak negara yang masih menutup sempadan masing-masing bagi mencegah penularan pandemik itu, ada juga yang sudah mula menerima kedatangan pelancong asing.

Berdasar tinjauan di beberapa laman pelancongan antarabangsa terutama European Best Destinations mendapati terdapat puluhan lokasi pilihan yang berada dalam senarai pelancong untuk dikunjungi selepas pandemik itu berakhir.

Antaranya kota Tbilisi di Georgia; Cluj Napoca, Romania ; Riga, Latvia; Preveza, Greece; Vilnius, Lithuania dan Taman Negara Wild Taiga, Finland.

Selain faktor daya tarikan yang tersendiri, lokasi berkenaan juga menjadi pilihan kerana kurang terjejas dengan penularan pandemik Covid-19.

 

Tbilisi, Georgia
Tbilisi, Georgia

 

Tbilisi, Georgia

Ibu negara Georgia ini antara kawasan yang kurang terjejas dengan Covid-19 kerana tindakan pantas kerajaannya mengekang penularan pandemik itu.Kota berkenaan memiliki pelbagai elemen sejarah lama, gaya hidup moden hari ini dan perancangan masa depan.Sekitar kotanya sarat dengan seni bina bangunan Haussmannian dari zaman pertengahan kepada neo klasik era Soviet dan deretan premis moden.Dari segi keselamatan, Tbilisi juga dikatakan lima kali lebih selamat daripada kota Paris atau London.Selain itu, ia juga memiliki katil hospital yang lebih banyak berbanding Sweeden atau Denmark. Sekali gus menjadi elemen penting sebagai pilihan pelancong ketika seluruh dunia dilanda Covid-19.

 

Cluj Napoca, Romania
Cluj Napoca, Romania

 

Cluj Napoca, Romania

Antara destinasi pelancongan menarik di Eropah dan antara dikatakan lokasi yang paling selamat untuk dikunjungi selepas Covid-19.Ini kerana kerajaan Romania bertindak pantas membeli peralatan perubatan selain merekodkan 15 kali kurang kes berbanding negara Eropah lain.Selain itu, ia juga melaksanakan proses nyah kuman pada pengangkutan awam setiap empat jam.Kota berkenaan sudah bersedia menerima kunjungan pelancong pada musim panas tahun depan dengan pelbagai peraturan antaranya berkaitan penjagaan kebersihan dan penjarakan fizikal.Antara lokasi yang bakal menjadi tumpuan sudah semestinya kawasan perlombongan garam unik, Turda Salt Mine.

 

Preveza, Greece
Preveza, Greece

 

Preveza, Greece

Ramai yang memilih Preveza sebagai destinasi pilihan selepas berakhirnya pandemik Covid-19 nanti kerana mahu menikmati keindahan Lautan Mediteranean.Preveza sememangnya lokasi yang tepat kerana dikatakan antara bandar paling selamat di Eropah ketika Covid-19 melanda.Antara lokasi yang bakal menjadi tumpuan di Preveza adalah pantai Monolithi sepanjang 22 kilometer.Selain itu, Preveza juga dikelilingi tiga hospital dan hanya 10 minit pemanduan dari lapangan terbang.

 

Vilnius, Lithuania
Vilnius, Lithuania

 

Vilnius, Lithuani

Seperti Latvia, Lithuania juga kurang terkesan dengan penularan pandemik membunuh itu.Lokasi pilihan ramai, Vilnius sesuai untuk pelbagai golongan pelancong sama ada yang datang dengan keluarga, berkumpulan atau secara solo.Vilnius juga adalah antara kota paling selamat untuk dikunjungi di Eropah.

Riga, Latvia

Latvia antara negara yang kurang terjejas dengan penularan Covid-19 di Eropah dan hospital di negara itu juga tidak pernah mengalami situasi pesakit berlebihan ketika fasa permulaan pandemik itu awal tahun ini.

 

Riga, Latvia
Riga, Latvia

 

Taman Negara Wild Taiga, Finland

Lokasi yang menyajikan keindahan alam semula jadi itu antara pilihan terbaik selepas sekian lama berada di rumah akibat penularan pandemik Covid-19.Finland sememangnya destinasi yang tepat kerana negara berkenaan kurang terjejas dek Covid-19.Wild Taiga turut dianugerahkan label EDEN, iaitu destinasi pelancongan lestari oleh Suruhanjaya Eropah.Sementara itu, beberapa lokasi lain seperti Gdansk di Poland, Malta; Bohinj, Slovenia; Vienna, Austria ; Warsaw, Poland; Rijeka dan Zagreb di Croatia; Kotor, Montenegro; Sibiu dan Oradea di Romania; The Algarve dan Alentejo di Portugal serta Batumi Adjara di Georgia juga berada dalam senarai destinasi pilihan selepas Covid-19.

 

Taman Negara Wild Taiga, Finland
Taman Negara Wild Taiga, FinlandHarian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat