Tiada jalan pintas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Momentum perjalanan seni pelakon manis, Elisya Sandha tidak sebaik kakaknya, Fasha Sandha. Hingga kini, graf popularitinya tidak naik mendadak dan memuncak.

Sesukar mana memahat nama dan populariti, Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan, 21, tidak sesekali berputus asa, sebaliknya akan terus mengejar impian untuk berdiri sehebat kakaknya.

Dijadikan bahan perbandingan dengan Fasha sudah menjadi perkara biasa, hati pelakon drama Pujaan Hati Kanda dan Nasi Kerabu Untuk Cik Abe itu tidak sedikitpun terusik.

Sambil tersenyum, Elisya mengakui: “Saya lambat naik, tetapi saya tidak terdesak mengejarnya. Saya menerima perjalanan takdir ini seadanya.

“Namun, saya tak pernah lupa pesanan kakak, nak naik memang sukar, tetapi lebih perit untuk mengekalkannya. Hingga hari ini, ‘azimat’ diperturunkan kakak digenggam kemas.

“Jadi, biarlah saya perlahan-lahan bertapak, lambat laun saya akan tiba di kemuncak juga. Saya tidak mahu cepat naik dan merudum.”

Dikatakan kurang ledakan kontroversi antara punca nama tidak sehangat kakaknya, Elisya tidak menafikannya. Bagaimanapun, setiap manusia berbeza jalan hidup.

“Saya gembira hidup tanpa dilingkari gosip liar dan kontroversi. Saya tak mahu mencipta kontroversi disebabkan mengambil jalan pintas untuk popular.

“Saya tak suka melakukan tindakan tular untuk memancing perhatian. Saya mahu dikenali menerusi bakat, bukan isu remeh-temeh dan memalukan. Syukur, saya masih berpegang teguh dengan prinsip ini,” katanya kepada BH Online.

 

 

Elisya Sandha tidak pernah menggunakan nama kakaknya, Fasha Sandha sebagai batu loncatan untuk mendapatkan projek drama. - Foto IG Elisya Sandha
Elisya Sandha tidak pernah menggunakan nama kakaknya, Fasha Sandha sebagai batu loncatan untuk mendapatkan projek drama. – Foto IG Elisya Sandha

 

Elisya berkata, dia tidak berkecil apabila ada yang membuat perbandingan antaranya dengan Fasha.

“Ramai yang menganggap kakak cepat naik dan masih relevan hingga hari ini. Sedangkan, saya pula berbeza kerana mengambil masa lama untuk dikenali.

“Saya tak kisah jika ada yang terus membuat perbandingan. Itu adalah senario biasa sejak dahulu lagi. Saya tak mampu mengawalnya.

“Saya berlakon sebab nak berkongsi bakat. Jadi, saya tak mahu mengkritik bakat orang lain kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan,” katanya.

Elisya berkata, dia belum layak menggantikan tempat kakaknya.

“Jika diukur, jauh lagi perjalanan saya nak berada pada tahap kakak. Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerjaya menunjukkan perkembangan yang positif.

“Mungkin belum memuncak, tetapi saya semakin diterima. Saya juga berjaya membuktikan tidak menggunakan pengaruh atau menumpang populariti kakak untuk kesenangan diri.

“Bukanlah kakak tidak pernah dibantu, tetapi dia hanya memberikan pendedahan mengenai dunia hiburan, tips dan nasihat sebagai bekalan membina kerjaya,” katanya.

Pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Bila Chacha Masuk Asrama pada 2014 itu berkata, Fasha mengajarnya hidup bersusah payah jika ingin berjaya.

“Kakak tidak pernah bertemu dengan penerbit atau produksi minta mengambil saya berlakon. Apa yang dilakukan hanya berkongsi pengalaman serta dan nasihat.

“Jika saya menggunakan nama kakak sebagai batu loncatan mendapatkan projek, itu belum tentu menjamin kerjaya. Saya melihat bakat adalah perkara utama dinilai.

“Tiada bakat, kerjaya lakonan tidak akan ke mana. Ikut jalan pintas sekalipun tidak berguna,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran drama, Hello Jangan Tapau Cintaku bergandingan dengan Nafiz Muaz.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat