Ulama Pondok Harap Kerajaan Anwar Dikekalkan

PETALING JAYA, – Seorang ulama terkemuka dari Kelantan menyuarakan harapan agar pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan, bagi mengelakkan kesan buruk terhadap pembangunan Islam dan kestabilan ekonomi negara.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah, memberi peringatan bahawa pertukaran kerajaan secara kerap boleh melemahkan institusi pendidikan Islam seperti sekolah pondok, selain menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

“Kita di Malaysia ini lima tahun satu kerajaan, kadang-kadang dua atau setahun satu kerajaan. Dasar berubah menyebabkan pondok pun lemah dan malap. Ekonomi malap. Ini bukan cara Islam,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra, Putrajaya, malam tadi.

Beliau turut menegaskan bahawa kehadiran ribuan jemaah dalam program tersebut merupakan isyarat jelas sokongan umat Islam terhadap kepimpinan Anwar dan kerajaan perpaduan yang diterajuinya sejak hujung 2022.

“Insya-Allah semua rintangan dan cabaran di negara ini dapat diselamatkan. Kerajaan pimpinan Datuk Seri (Anwar) dapat diselamatkan,” ujar beliau.

Syeikh Wazir turut mengimbau hubungan lamanya dengan Anwar sejak era awal perjuangan Islam, termasuk ketika beliau menuntut di Pakistan selama 13 tahun. Menurutnya, Anwar pernah menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar ASEAN di sana, satu sumbangan yang amat dihargai dan diingatinya hingga kini.

Dalam pada itu, kenyataan ulama pondok ini hadir ketika pembangkang mengumumkan rancangan untuk menganjurkan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai di Kuala Lumpur, dengan sasaran kehadiran sehingga 300,000 peserta, meningkat daripada anggaran awal 50,000 orang.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencabar pengkritiknya supaya membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat jika benar mereka serius mahu menukar kerajaan. Beliau menegaskan bahawa sistem demokrasi perlu dihormati, dan mana-mana pihak yang gagal memperoleh sokongan majoriti di Parlimen harus menunggu sehingga Pilihan Raya Umum akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat