Pemuda Kota Raja Minta Muhyiddin Move On

KUALA LUMPUR,– Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin, menyelar pendedahan bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Dr. Marzuki Mohamad, sebagai cubaan menghidupkan semula naratif lapuk pasca-PRU15 yang sudah ditolak parti dan rakyat.

Mengulas kenyataan Marzuki mengenai kononnya wujud tawaran rasmi daripada Perikatan Nasional (PN) kepada Barisan Nasional (BN) pada November 2022, Zaffarollah berkata surat tersebut hanya muncul selepas usaha “menculik” 10 Ahli Parlimen BN gagal.

“Yang jelas, tawaran itu datang selepas mereka gagal. Jangan cuba reka semula sejarah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mempersoalkan kandungan Fasal C dalam surat tawaran tersebut yang menunjukkan UMNO tidak diberi hak menentukan sendiri calon Timbalan Perdana Menteri dan jawatan kabinet.

“Jika ini berulang, sejarah Naib Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri akan berulang dan UMNO akan terus berpecah akibat permainan PN,” katanya lagi.

Sebelum itu, Dr. Marzuki dalam satu kenyataan panjang mendakwa beliau terlibat secara langsung dalam rundingan PN-BN di Hotel St. Regis pada 23 November 2022 dan menyelar Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli, kerana menuduh PN tidak membuat sebarang tawaran.

Marzuki menegaskan surat tawaran rasmi telah disediakan bersama Setiausaha Agung PN ketika itu, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, dan diserahkan kepada pimpinan BN untuk dipertimbang. Namun, UMNO kemudiannya memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Zaffarollah bagaimanapun menegaskan, “Sudahlah PN, move on sahaja. Kalau yakin kuat, kita jumpa di gelanggang sebenar – PRU16 akan jadi penentu.” – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat