Kerajaan Wajib Percepat Kadar Vaksinasi Di Sabah – Dr Salleh Said

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajib mempergiat usaha mengekang penularan wabak Covid-19 dan mempercepat kadar vaksinasi terutama di Sabah.

Ini melihat kepada kadar pendaftaran dan vaksinasi di negeri itu adalah terendah malah jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain di seluruh negara.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak juga menggesa kerajaan menumpukan sepenuh perhatian kepada negeri itu.

“Ini bagi mencapai imuniti berkelompok dalam kadar segera sebelum Oktober depan. Sudah terlalu lama statistik Sabah dibiarkan terendah di Malaysia dengan jumlah pendaftaran vaksinasi hanya 990,681 atau 35.9 peratus dan jumlah vaksin dos pertama pula hanya 475,084 (12.2 peratus).

“Gunakan pelbagai kaedah dan strategi yang sudah berkesan. Masa untuk berkorban dan selamatkan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu berkata demikian merujuk kepada data daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang disertakan bersama kenyataan itu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat