Lapan Lokaliti Di Sabah, Sarawak Dikenakan PKPD Mulai Khamis Ini – TPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di enam lagi lokaliti di Sabah dan dua lokaliti di Sarawak bermula Khamis ini hingga 4 Ogos, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata PKPD di Sabah melibatkan empat lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kilang Papan Lusera Telipok, Kampung Mogiding Malawa dan Kuarters Pekerja Progressif Perwira, Kampung Sinulihan serta University Utama Condominum Fasa 2, dan Kampung Guruh-Guruh di Sipitang serta Kampung Air dan Kampung Bokara di Sandakan.

“Dua lokaliti di Sarawak pula melibatkan dua kampung di Kuching iaitu Kampung Bintawa Hilir dan Kampung Sungai Tapang.

Pelaksanaan PKPD di kesemua lokaliti ini setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19,” katanya dalam kenyataan perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata PKPD di Kampung Sri Menanti, Tawau serta Kampung Pondo, Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai dan Kampung Pulau Gaya di Perkampungan Kepulauan Gaya, Kota Kinabalu yang masing-masing sepatutnya tamat esok, dilanjutkan mulai Khamis ini hingga 4 Ogos.

Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di dua perkampungan Orang Asli di Rompin, Pahang iaitu Kampung Kerpal dan Kampung Pinang esok, seperti yang dijadualkan.

Sementara itu, beliau berkata 38 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam pemeriksaan serta “snap check” atau pemeriksaan mengejut yang dilaksanakan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan semalam.

Selain itu, katanya seramai 388 individu ditahan semalam kerana ingkar SOP dengan 355 individu dikompaun manakala 31 lagi direman dan dua dijamin, sementara menerusi Op Benteng pula, 19 pendatang tanpa izin ditahan dan tiga kenderaan darat dirampas dalam tempoh sama.

“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan kawalan kendiri dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,556FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat