Orang Melayu biasa tak derhaka kepada raja tapi angkara darurat mereka marah – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan darurat membangkitkan kemarahan orang Melayu kepada istana kata, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata beliau, kemarahan orang Melayu itu jelas dapat dilihat di media sosial angkara pelaksanaan darurat.

Menurut Dr Mahathir, orang Melayu menzahirkan rasa marah di media sosial kerana menderita akibat pelaksanaan darurat, yang diwartakan selepas Yang di-Pertuan Agong mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin mungkin menyampaikan maklumat yang tidak cukup kepada Seri Paduka sehingga membawa kepada pengisytiharan darurat, sedangkan Yang di-Pertuan Agong merupakan pihak yang menjadi sasaran kemarahan rakyat terhadap tindakan kerajaan.

“Segalanya diletak di bahu Agong (seolah-olah) apa jua tindakan dikatakan atas arahan Agong.

“[…] Orang Melayu biasa tak derhaka pada raja. Tapi sekarang ni terpaksa sampaikan pada setiausaha sulit (kepada Yang di-Pertuan Agong) bahawa orang Melayu mula rasa marah pada raja.

“Kita dapat ikuti dalam media sosial.

“Ini sangat tidak biasa untuk orang Melayu menentang pemerintah kami.

“Agak ramai orang Melayu marah sekarang, kerana mereka menderita akibat darurat ini,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, di hadapan pintu pagar Istana Negara hari ini.

Dr Mahathir bersama pengerusi jawatakuasa itu Khalid Samad dan Presiden Amanah Mohamad Sabu masuk ke istana pada jam 3.15 petang untuk memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memperkenankan penamatan darurat, dan keluar setengah jam kemudian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat