Cabaran Elfira Loy bawa anak kecil ke Makkah

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Pelakon, Elfira Loy mendedahkan pengalaman pertamanya menunaikan umrah bersama dua anaknya yang masih kecil mencabar kerana anak bongsunya, Aria yang berusia lapan bulan masih menyusu badan.

Elfira dan suami, Faris Khairol serta dua anak mereka, Rayyan, 4, dan Aria sudah berada di Makkah sejak minggu lalu.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Elfira berkata, membawa Aira paling mencabar kerana dia ‘melekat’ dengannya sepanjang berada di sana.

“Hajjah kecil ini (Aira) kalau dah tidur, baru saya boleh bernafas sikit. Saya berasa ‘part’ (bahagian) paling susah sikit sebab Aria jenis ‘melekat’ je dengan saya.

“Lepas tu ‘breastfeeding’ (menyusu badan) lagi kan, jadi mencabar sikit. Tapi sebab memang dah tetapkan dalam fikiran, ‘trip’ (perjalanan) ini untuk anak-anak, jadi saya dan suami lebih ‘chill’ (tenang) sedikit,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, Elfira berkata, pada mulanya dia memang gementar untuk membawa dua anaknya bersama ke Makkah.

“Tapi bila kami sudah sampai di Tanah Suci, alhamdulillah, boleh dengan izin Allah,” tulisnya.

Elfira juga berkongsi tips kepada ibu bapa yang mahu membawa anak-anak yang masih kecil untuk ke Makkah supaya banyak bersabar dan reda.

“Tips saya untuk membawa anak-anak buat umrah ini kena banyak bersabar. Kena banyak reda kalau kita tak dapat banyak peluang untuk melakukan ibadah. Contohnya pergi Raudhah. Hari tu saya sudah ‘book’ (tempah) slot tapi terlewat 10 minit terus tak boleh masuk.

“Siapa tak sedih kan takkan nak marah pada anak-anak? Apa yang perlu kita buat? reda je. Insya-Allah, doa dekat mana pun Allah dengar, ‘hopefully’ (harap) masih ada peluang untuk saya, doakan ok,” tulisnya.

Elfira juga menasihatkan ibu bapa untuk mempertimbangkan semula keputusan sekiranya ingin membawa anak kecil untuk menunaikan umrah.

“Tapi kalau nak betul-betul beribadah, saya tak cadangkan anda (ibu bapa) untuk bawa anak kecil kecuali ada orang yang boleh tolong dan dia betul-betul faham ini untuk tolong jaga anak-anak,” tulisnya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat