Dua Lipa pilih Kuala Lumpur sebagai tempat paling menarik

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi popular antarabangsa, Dua Lipa, 27, menamakan Kuala Lumpur sebagai tempat paling menarik pernah dilawatinya di seluruh dunia.

Bintang keturunan Albania dan berpangkalan di London itu berkongsi perkara itu ketika melakukan siaran langsung sesi soal jawab bersama peminatnya di TikTok.

“Banyak-banyak tempat yang saya pernah singgah, Kuala Lumpur paling saya suka. Saya melawat banyak kuil mengagumkan di sana. Ia antara pengalaman yang sangat menarik saya rasai sewaktu berada di Asia,” katanya.

Perkongsian itu sekali gus menjadi tular dan rata-rata peminat Malaysia sangat teruja dengan pujian Dua Lipa terhadap negara ini, lebih-lebih Kuala Lumpur menjadi pilihan berbanding bandaraya popular lain di Asia.

Dua Lipa pernah membuat persembahan di KL Live, di sini pada 2018. Setahun sebelumnya, dia turut menjayakan persembahan di Good Vibes Festival di Genting Highlands.

Pemenang Anugerah Grammy itu antara penyanyi sangat berpengaruh di seluruh dunia ketika ini.

Dia mencipta fenomena menerusi lagu-lagu popular antaranya IDGAF, New Rules, Levitating, Physical dan Don’t Start Now.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat