Program permotoran ‘Legasi Rider 2.0’ bakal mengegarkan Bandar Malaysia

- Advertisement -

Pada 29 Oktober tahun lalu, bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang telah berjalan satiu program permotoran Legacy Rider 1.0 yang telah berjaya mengumpulkan lebih 50,000 peminat sukan permotoran di negara kita.

Pihak penganjur ‘Legacy Rider’ dengan kerjasama pelbagai pihak terutamanya Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA),PUNB Malaysia, PERNAS & GISB Holding.

Daripada Sambutan positif yang diterima, ianya telah membakar semangat ‘Legacy Rider’ untuk menganjurkan Event Legacy Rider 2.0 yang akan berlangsung pada 28 Oktober 2023 (Sabtu) di Bandar Malaysia (Bekas Lapangan Terbang Sungai Besi )

Lokasi asal program iaitu di Stadium Shah Alam untuk acara itu kini berpindah ke Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur memandangkan kedudukannya yang strategik dan sesuai untuk acara berstatus mega begini.

Wakil penganjur Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi Pengarah Urusan GGR Machine (M) Malaysia & Legacy Rider berkata, pihaknya menjangkakan edisi Event Legacy 2.0 akan diserbu oleh 50,000 hingga 60,00 pengunjung yang juga peminat sukan permotoran.

“Program akan bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Perasmian Legacy Rider 2.0 yang dicadangkan adalah Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang Berhormat Mulia Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia) ataupun Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan), jika di beri peluang pihak Legacy Rider inginkan Perdana Menteri Malaysia yang merasmikan Legacy Rider 2.0 kerana ini akan memberikan satu penghargaan yang sangat bermakna bagi pihak Legacy Rider & peminat sukan pemotoran di negara kita” katanya.

Menurutnya, pengunjung yang hadir nanti akan dapat menyaksikan pelbagai pameran menarik antaranya himpunan 300 motor jenama Ducati.

“Pogram ini dijalankan untuk menyemarakkan industri pelancongan di negeri Selangor dengan memperkenalkan kepada kumpulan bermotosikal di seluruh negeri serta golongan belia yang menceburi sukan permotoran bagi tujuan mengeratkan silaturrahim dan berekreasi.

“Event Legacy Rider 2.0 merupakan sebuah program yang menghimpunkan para belia yang terlibat dengan sukan permotoran dalam sebuah program yang santai & Pelbagai aktiviti dan hiburan dari rakan selebriti popular tanahair yang akan dijalankan.

“Dalam usaha menjayakan Event Legacy Rider 2.0 juga, kami telah menjalankan hubungan baik dengan rakan selebriti popular tanahair dan ikon-ikon media sosial (influencer) yang akan turut serta membantu dan mempromosikan event ini,” katanya.

Antara selebriti jemputan Achey Bocey, Black Hanifah, Ajak Shiro, Uchop Ahmad, Tajul dan ramai lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat