PAS kekal bersama PN, sangkal sertai Kerajaan Perpaduan – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS menolak pelawaan menjadi komponen Kerajaan Madani dengan asas istiqamah bersetia kawan serta tidak akan mengkhianati janji kepada pengundi PAS-PN.

Ini termasuk tidak akan bergabung dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca PRU-15, tegas Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Saya ingin menegaskan bahawa, PAS menghormati dan berpegang teguh dengan permuafakatan politik bersama rakan-rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi berita yang dilaporkan oleh NST bertarikh 19 Oktober 2023 yang bertajuk “Pas Muktamar: ‘Party will be part of unity government’ (Parti (PAS) akan menjadi sebahagian dari Kerajaan Perpaduan”.

“Di awal pelaporan berita, dinyatakan ‘PAS has expressed its confidence in being part of the federal government, after Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s reported invitation to the Islamist party.’

“Pelaporan berita ini sangat jauh dari konteks ucapan saya dalam perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia semalam,” jelas beliau.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) jelas bahawa rakyat bersama PAS dan PN.

“Saya menyeru agar etika kewartawanan terus dipelihara agar setiap berita itu dilaporkan dengan telus dan tepat,” gesa beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat