Himpunan 1000 wanita melayu 28 Oktober ini – Zuraida

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Satu program ‘Himpunan 1000 Wanita Melayu’ atau H1KWM akan diadakan pada 28 Oktober 2023 bertujuan memperkukuh agenda pemberdayaan wanita, khususnya wanita Melayu melalui perancangan polisi di peringkat persekutuan dan negeri.

Penganjur dan penaung HK1WM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata program ini diadakan untuk mengetengahkan peranan wanita melayu, terutamanya dalam memacu pembangunan dan menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang.

Menurutnya, penyertaannya program berkenaan merentasi garis politik kepartian, dalam usaha untuk berhimpun mencari titik kesatuan bagi mendepani cabaran ekonomi dan politik semasa.

“Sebanyak 19 belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari pelbagai wilayah dan negeri dari seluruh Malaysia, yang mewakili pelbagai spektrum kepakaran, akan berkumpul dan bersidang buat julung kalinya dalam satu himpunan untuk diadakan perbincangan bagi mengangkat isu-isu tertentu dan membahas pandangan secara telus dan bebas.

“Dengan slogan “Wanita Melayu, Minda Baru, himpunan ini akan mengetengahkan sepuluh pembahas/pengusul yang akan membicarakan isu-isu merangkumi hal ehwal ekonomi, pendidikan, perundangan dan advokasi, peranan pelapis muda wanita, kepimpinan, politik, sosial, kesihatan, kebajikan warga emas, veteran dan kerohanian, serta isu-isu lain yang berkaitan dengan permasalahan rakyat,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Jelasnya program yang akan diadakan di IDCC, Shah Alam ini akan menjadi pemangkin kepada hala tuju gerakan kesedaran bagi kaum wanita Melayu dan rakyat Malaysia amnya.

Zuraida berkata, himpunan ini juga akan menampilkan negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sesi penutupan perhimpunan, yang mana beliau akan menyampaikan amanat dan menerima resolusi yang dibahaskan dalam perhimpunan ini.

Turut dikongsikan dalam himpunan ini adalah berkaitan Peradaban dan Tamaddun Melayu dengan menyentuh peranan wanita Melayu Islam Di Akhir Zaman oleh Prof. Dr Solehah Yaacob serta sudut pandangan tiga pemimpin wanita selaku Panelis iaitu Datuk Wira Mas Ermieyati Shamsuddin , Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Haniza Mohammed Talha.

Selain itu tambahnya, himpunan ini juga akan menyatakan sokongan dan solidariti kepada Palestin yang sedang berhadapan dengan serangan Israel yang menyebabkan ribuan kematian dan kecederaan khususnya di kalangan wanita dan kanak-kanak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat