Kegagalan MYAirline: Pembangkang sedia bantu kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangkang bersedia untuk membantu pihak kerajaan menyelesaikan kegagalan syarikat penerbangan MYAirline.

Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin berkata,satu sesi Kamar Khas telah diadakan bersama dengan Kementerian Pengangkutan yang diwakili oleh Timbalan Menterinya bagi membahaskan usul tergempar yang beliau telah kemukakan berkaitan syarikat MYAirline.

“Saya difahamkan, syarikat ini berdepan dengan masalah dalaman daripada peringkat awal lagi sehingga sampai mereka mengantung operasi.

“Syarikat ini juga masih belum menjelaskan bayaran penggajian, KWSP dan Perkeso kepada pekerja mereka sebelum berlaku krisis penutupan operasi ini berlaku lagi seawal bulan Ogos lagi.

“Usul ini menjadi keutamaan kerana ramai pihak yang terkesan dengan kejadian ini. Kita menuntut langkah-langkah drastik dan tegas. Kerajaan perlu campur tangan dalam menyelesaikan perkara ini dengan kadar segera dan berharap perkara seperti ini tidak berulang lagi.

“Kita tidak boleh menuding jari kepada sesiapa tetapi kami di pihak pembangkang bersedia untuk membantu pihak kerajaan dalam menyelesaikan perkara ini,” kata beliau pada Khamis.

Mengulas lanjut, Khairil Nizam memberitahu, perkara asas yang dibahaskan adalah berkaitan MYAirline yang sesuka hati mengantung operasi mereka pada 12 Okt 2023 serta memberikan impak besar kepada pelanggan yang menyebabkan kerugian yang dianggarka mencecah RM20juta dan melibatkan 117, 000 penumpang yang telah membeli tiket lebih awal.

“Kegagalan MYAirline ini memberikan kesan besar kepada imej negara menjelang kempen tahun melawat Malaysia 2026. Maklum balas daripada Pihak Kementerian menjadi keutamaan supaya perkara malang seperti ini tidak berulang.

“Selain itu, saya juga mempersoalkan berkenaan penstrukturan semula saham syarikat ini. Apakah langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan syarikat ini mampu pulih dan meneruskan perkhidmatannya.

“Saya berpandangan bahawa lebih banyak pilihan syarikat penerbangan yang berwibawa serta mempunyai rekod kewangan yang kukuh adalah bagus untuk industri ini kerana akan meningkatkan saingan sihat dalam industri penerbangan ini,” kata Ketua Penerangan PAS itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat