Bantuan e-wallet RM100 akan disalur Disember

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Bantuan e-wallet RM100 dijanjikan kerajaan kepada penerima yang layak akan dikreditkan pada Disember ini.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong meminta rakyat bersabar dan kerajaan akan menunaikan janji tersebut.

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini).

“Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Inisiatif trsebut bukan sahaja terhad kepada isi rumah penerima sahaja tetapi juga kepada pasaran tempatan terutamanya kepada peniaga kecil dan penjaja.

Pada 27 Julalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bantuan e-wallet RM100 akan dikreditkan kepada individu berumur 21 tahun dan ke atas.

Bantuan e-wallet RM100 merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat