Boleh jadi Mahathir atau orang lain calon PAS PRK Kemaman – Takiyuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – PAS dilaporkan masih berteka-teki berhubung spekulasi pemilihan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Memetik laporan Malaysiakini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata semua rakyat Malaysia berhak menjadi calon tidak kira dari negeri mana memandangkan Kemaman ialah kerusi parlimen.

“Boleh jadi dia (Mahathir) boleh jadi orang lain. Belum putuskan lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditanya berkaitan spekulasi itu.

Sebelum ini sebuah portal media mendakwa PAS berkemungkinan akan meletakkan Dr Mahathir sebagai calonnya bagi mempertahankan Parlimen Kemaman.

Portal media tersebut yang memetik sumber rapat Dr Mahathir mendakwa rundingan berhubung perkara itu telah dibuat supaya peranan semak dan imbang terhadap kerajaan lebih berkesan.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata PAS akan mengumumkan calon mereka sebelum hari penamaan calon 18 November.

Hari pengundian awal ditetapkan pada 28 November dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Untuk rekod, PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid yang dimenanginya PRU15 .

Pempetisyen Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

PAS tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan itu sebaliknya memilih untuk berdepan sekali lagi di peti undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat