Azwan Ali Lega, Dulu Tiap Hari Kena Kecam Sekarang Berkurangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selebriti dan pengacara kontroversi, Azwan Ali lega apabila kecaman terhadapnya sekarang semakin berkurangan berbanding dulu.

Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali, 54, berkata, situasi ini berlaku selepas dia membayar denda berjumlah RM17,000 ketika minggu pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu akibat menyelar dan mengutuk sebuah hospital.

“Gara-gara seorang artis, saya diperintahkan mahkamah supaya membayar denda. Jika tidak saya akan dipenjara. Sejak itu peratus kecaman semakin berkurangan,” katanya.

Menurutnya, dia juga menjalani kehidupan yang tenang kerana apabila bangun pagi, tiada lagi makian daripada warganet.

“Dulu sebaik bangun pagi, saya lihat 50 orang maki hamun di laman sosial. Takkan saya nak diam dan makilah semula. Namun, sekarang sudah berkurangan dengan kuasa Allah. Sekarang nak ada tiga orang yang maki pun susah.

“Sebelum ini ada yang kata saya tak ada ‘job’, padan muka! Mereka boleh hina saya macam-macam, tapi dengan kuasa Allah lihatlah sekarang rezeki saya,” katanya yang kini aktif menjalankan perniagaan Minyak Angin Diva AA.

Azwan juga mengakui amat berhati-hati apabila menyentuh berkenaan kecamannya terhadap seseorang individu terutama membabitkan rupa fizikal.

“Saya tak pernah nak sentuh soal ‘body shaming’ kecuali individu itu kerana dia yang pijak saya dulu. Tapi melihatkan perkembangan terbaru, ‘body shaming’ adalah satu jenayah membuatkan saya jadi semakin berhati-hati.

“Satu iktibar kepada kita semua. Pada saya, kes itu tanda Allah nak tunjukkan kepada kita semua supaya berhati-hati,” katanya yang menganggap isu ini sudah basi dan cerita lama yang dimainkan oleh sekelompok ‘haters’.

Mengambil kira situasi sekeliling serta statusnya yang kini terbabit secara langsung dalam perniagaan, Azwan kini menukar panggilan Melayu Mulia Syurga kepada pengikutnya.

“Ya, saya lebih suka bercakap mengenai perniagaan. Terdapat jutaan Melayu Mulia Syurga yang sokong perniagaan saya. Kalau tengok Instagram saya pun sudah tiada isu politik sebab saya memang jaga Instagram untuk produk saya saja.

“Namun, itu tidak akan menjejaskan reputasi saya untuk kekal sebagai Diva AA untuk sembur sesiapa saja bagi membetulkan keadaan,” katanya.

Azwan berkata, minyak angin menjadi pilihannya kerana ia adalah aktiviti Allahyarham bapanya, Ali Omar.

“Arwah memang biasa membuat minyak angin kerana dia mengurut orang kemalangan. Bagi saya, perniagaan ini adalah sebagai usaha saya untuk mendekati peminat termasuk di Singapura dan Brunei.

“Inilah hadiah untuk peminat. Walaupun tak boleh beri secara percuma kepada mereka, sekurang-kurangnya saya dapat berswafoto dengan mereka sebagai tanda terima kasih,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat