Syarikat Air Selangor Jangka Bekalan Air Di Lembah Klang Pulih Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tujuh wilayah yang terjejas di Lembah Klang berikutan pencemaran air membabitkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dijangka menerima semula bekalan air secara berperingkat mulai jam 8 pagi esok.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, berkata operasi rawatan air sudah dimulakan di semua LRA yang terjejas sejak 6 petang tadi.

“Keempat-empat loji ini akan memaksimakan pengeluaran dan memenuhi paip-paip utama dan kolam terminal.

“Air Selangor juga sudah menyediakan pelan pemulihan bekalan air untuk 1,292 kawasan dalam tujuh wilayah yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Elina berkata, pemulihan bekalan air itu dibuat secara berperingkat selama tiga hari sehingga 23 Oktober ini.

“Setakat ini, Air Selangor sudah menggerakkan sebanyak 91 lori tangki air ke premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis yang terjejas.

“Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui 21 pili awam, menempatkan 34 tangki statik di 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang disediakan semasa tempoh pemulihan bekalan air ini,” katanya.

Katanya, pengguna turun disarankan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di semua kawasan terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan bekalan air.

Dalam pada itu, Air Selangor juga akan memaklumkan status pelan pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat