Berpuluh tahun dalam politik ini kali pertama dituduh makan rasuah, Rafizi saman Caprice

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli akan meneruskan saman terhadap pempengaruh media sosial, Caprice .

Menurut Rafizi, minggu ini media melaporkan Caprice kalah dalam satu saman fitnah yang dibawa oleh Ebit Liew terhadapnya.

“Februari lalu, Caprice juga menjaja cerita kononnya saya makan rasuah dalam satu projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan saya atau kementerian saya dulu.

“Dia panggil sidang media mengumumkan yang dia saman saya.

“Ramai ceplos yang mengejek saya konon tak berani saman Caprice. Sebenarnya dah lama saya saman Caprice atas tuduhan itu. Kes sedang berjalan di mahkamah.

“Ini kali pertama saya saman seseorang. Sebelum ini, macam-macam orang fitnah ke, tuduh ke, saya jawab dan saya tak saman. Sebab kebanyakan dari mereka ini rakyat biasa, saya serahkan kepada Allah,” jelas Rafizi.

Tapi kata bekas Ahli Parlimen Pandan itu, tuduhan Caprice itu adalah yang pertama kali menuduhnya makan rasuah.

“Berpuluh tahun saya dalam politik, sebenarnya tak pernah ada orang lain, hatta dari lawan politik seperti Umno atau Pas yang tuduh saya makan rasuah.

“Jadi saya terpaksa saman untuk kali pertama dalam hidup saya.

“Sekarang kita serahkan kepada peguam-peguam dan proses mahkamah.

Untuk rekod, Rafizi berkata, kandungan yang dilakukan oleh Caprice itu disifatkan memang menuduh beliau mempunyai kepentingan manfaat di dalam syarikat miliknya iaitu Invoke Solutions Sdn. Bhd.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat