Pemimpin politik sudah dikenal pasti MCMC putar belit kenyataan PM isu minyak masak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin parti politik telah dikenal pasti menyebarkan sebahagian petikan video mengelirukan yang cuba memutarbelitkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat berhubung penggunaan minyak paket bersubsidi oleh ‘Makcik Goreng Pisang.’

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata individu yang menyebarkan petikan video itu menerusi akaun media TikTok miliknya telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Kita telah meminta MCMC mengambil tindakan susulan mengikut saluran dan peraturan yang biasa.

“… saya percaya ahli Parlimen semuanya mengikuti dengan baik (jawapan Perdana Menteri semalam) dan ahli Parlimen semua tentunya gembira dengan penjelasan yang jelas diberikan oleh Perdana Menteri, ini dibuat oleh mereka yang bukan ahli Dewan Rakyat,” katanya lapor Bernama di Parlimen pada Selasa.

Semalam di Dewan Rakyat, ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakan kerajaan dalam menangani ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan kaya, Ismail Sabri berkata minyak masak paket adalah untuk kegunaan domestik tetapi terdapat peniaga termasuk peniaga kecil yang turut menggunakannya.

Annuar berkata sebahagian petikan video yang disebarkan individu tersebut adalah bertentangan dengan jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat