Ekonomi Malaysia jauh lebih kukuh, tak akan muflis seperti Sri Lanka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia tidak akan muflis seperti Sri Lanka.

Hal ini katanya, tahap hutang negara masih terurus dan kemungkinan Malaysia berisiko muflis seperti Sri Lanka sangat tipis memandangkan kedudukan ekonomi yang lebih kukuh berbanding negara itu.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak pernah melaporkan Malaysia berdepan masalah ekonomi yang boleh menyebabkan negara muflis, sebaliknya yakin dengan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Tengku Zafrul.

“Pada April tahun ini, IMF menyatakan keyakinan bahawa keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun ini akan berkembang pada kadar 5.75 peratus.

“Jika kita bandingkan penunjuk ekonomi kita dengan Sri Lanka, jelas ekonomi kita jauh lebih kukuh daripada mereka, maka kemungkinan negara untuk muflis adalah amat tipis,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Menteri Kewangan itu berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sama ada tahap hutang negara masih berada dalam keadaan terurus atau akan menjadi muflis seperti Sri Lanka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat