Ahli Parlimen Kota Belud mahu menjaga kedaulatan Sabah atau memberi peluang kepada musuh?

- Advertisement -

OLEH: Ab Jalil Backer

1. Pada 19 Julai 1963, satu perjanjian pembentukan Persekutuan Malaysia telah diadakan antara UNITED KINGDOM OF GREAT BRITAIN AND NORTHERN IRELAND and FEDERATION OF MALAYA, NORTH BORNEO, SARAWAK and SINGAPORE.

2. Perjanjian ini berlaku setelah Suruhanjaya Cobbold mendapati lebih 80% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju mendapatkan kemerdekaan menerusi Persekutuan Malaysia.

3. Perjanjian ini kemudiannya diratifikasikan/didaftarkan dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada nombor 10760.

4. Namun dalam genap 59 tahun perjanjian terbabit hari ini, Ahli Parlimen Kota Belud tampak berterusan cuba menyebar maklumat tidak benar dan cuba memainkan sentimen kenegerian seolah-olah kerajaan Persekutuan mengabaikan Sabah.

5. Ini adalah satu tindakan mencari populariti, bukannya soal menjaga kedaulatan negara dan negeri.

6. Kedaulatan negara dan Sabah di bawah pimpinan Barisan Nasional telah dipertahankan sepanjang masa, sejak pembentukan Malaysia termasuk peristiwa pencerobohan pada 2013 membabitkan pengganas yang berkaitan dengan waris sultan Sulu.

7. Kerajaan menggunakan kekuatan bersenjata menghalau penceroboh waris kesultanan sulu.

8. Berikutan serangan tersebut Kerajaan Barisan Nasional memutuskan tidak lagi membayar apa-apa bayaran ihsan kepada waris kesultanan Sulu.

9. Sejak pembentukan Malaysia, kerajaan tidak pernah mengiktiraf apa-apa perjanjian sebelumnya, apatah lagi antara dua pihak yang tiada lagi kena mengena dengan Sabah semasa perjanjian 1963 dimerterai. Ini termasuklah perjanjian antara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Alam dan Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1878.

10. Malaysia hanya memberi wang ihsan kepada wakil Sultan Sulu atas niat baik. Bagaimanapun keadaan itu berubah apabila waris kesultanan sulu melakukan serangan bersenjata di timur Sabah pada 2013. Niat baik Malaysia telah disalahertikan sebagai boleh dipermainkan.

11. Kesultanan sulu sendiri tidak lagi wujud dan mereka merupakan sebahagian dari Filipina. Tuntutan Filipina ke atas timur Sabah juga telah ditolak oleh PBB.

12. Tindakan menggunakan ketenteraan menentang pasukan pengganas sulu dan memberhentikan bayaran ihsan menunjukkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional dahulu dan sekarang tidak mengiktiraf waris sultan sultan Sulu sebagai pemilik Sabah.

14. Ini sekaligus menunjukkan kedaulatan Sabah sangat kukuh di bawah perlindungan Persekutuan.

15. Jeritan Ahli Parlimen Kota Belud di Dewan Rakyat tidak lebih dari permainan politik berbahaya mewujudkan permusuhan antara rakyat bagi mencari keuntungan politik menjelang pilihan raya umum akan datang.

16. Jika Ahli Parlimen Kota Belud kurang faham biar saya jelaskan, Kedaulatan Sabah dan negara ini tidak boleh terjejas kerana tiada mana-mana negara yang boleh mengambil semula Sabah berikutan keputusan referendum negeri tersebut untuk membentuk Persekutuan Malaysia bersama negeri-negeri lain.

17. Tidak ada dalam sejarah mana-mana perundangan dunia, kesultanan kuno boleh menuntut wilayah atas faktor sejarah kerana geo-politik sesuatu kawasan tidak ditentukan oleh sejarah tapi kehendak semasa penduduknya.

18. Yang membimbangkan kita tindakan Ahli Parlimen Kota Belud menjerit-jerit mahu perbahasan di Parlimen mengenai kedaulatan dan keselamatan Sabah berikutan keputusan arbitrasi sebelah pihak di Paris adalah telunjuk lurus kelingking berkait.

19. Yang membimbangkan kita jika niat beliau mahu mendesak perbahasan ini ialah bagi menguntungkan pihak lawan. ada beberapa kemungkinan dari episod penuh emosi ini:

a. beliau hanya mahu mencari populariti dengan meniupkan sentimen kenegerian walaupun tahu perbahasan di Parlimen langsung tidak berkait dengan usaha menjaga kedaulatan negara.

b. beliau mahu perbahasan di Parlimen mendedahkan banyak perkara yang boleh digunakan oleh waris Sultan Sulu dalam perbicaraan akan datang.

c. Beliau mahu menutup kesilapan kerajaan pakatan Harapan mengiktiraf pihak yang menyaman kerajaan Malaysia sebagai waris sultan Sulu yang sah dan layak mendapat bayaran pajakan dari Malaysia.

20. Tanpa perbahasan Parlimen pun tidak akan wujud ancaman besar. Sekiranya wujud ancaman pun ialah jika aset Malaysia di luar negara dirampas atas arahan mahkamah. Ia tidak langsung berkait dengan kedaulatan Sabah.

21. Langkah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun, menolak perbahasan di Parlimen ada jelas melindungi kepentingan negara dan Sabah kerana kes ini masih dalam perhatian mahkamah rayuan di Perancis.

22. Mahkamah Rayuan Paris telah membenarkan permohonan stay of execution oleh kerajaan Malaysia. Jadi tiada apa-apa rampasan aset Malaysia boleh di buat di luar negara, jauh sekali merampas kedaulatan Sabah.

23. Sebarang perbahasan mengenai isu ini hanya membuka ruang kepada pihak musuh mendapat maklumat dan ‘menyerang’ kita dalam mahkamah di Paris nanti.

24. Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, sebagai peguam berpengalaman, telah membaca situasi ini dan membuat keputusan bijaksana menjaga kepentingan negara, berbanding Ahli Parlimen Kota Belud yang dipilih oleh rakyat Sabah.

25. Rakyat Sabah boleh menilai siapa sebenarnya yang menjaga kepentingan mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat