Nizar Tak Jadi Calon Kerana Saya Bukan Anwar, Mahathir Atau Kit Siang – Najib

- Advertisement -

PEKAN – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak mengamalkan nepotisme dalam politik seperti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan veteran DAP Lim kit Siang.

Beliau berkata demikian sebagai penjelasan berikutan anaknya Mohd Nizar Najib tidak dicalonkan dalam pilihan raya kecil (PRK) Chini yang dijadual pada 4 Julai akan datang.

Katanya, walaupun anaknya Nizar memang layak bertanding dari segi kepimpinan, pendidikan dan jawatan ketua pemuda Umno Pekan namun, amat janggal jika Nizar menjadi ADUN Chini yang juga merupakan DUN dalam parlimen Pekan yang disandang Najib.

“Nama saya bukan Anwar atau Mahathir mahupun Kit Siang dan Umno bukan parti milik keluarga sesiapa.

“Lagipun, adalah amat janggal jika Nizar menang dan anak saya menjadi Adun di sebuah parlimen di mana saya adalah ahli parlimennya,” katanya dalam satu hantaran Facebook pagi tadi.

Semalam, Barisan Nasional mengumumkan AJK Umno bahagian Pekan, Mohd Sharim Md Zain sebagai calon di PRK Chini.

Sebelum ini ada desas-desus berkenaan pemilihan Nizar sebagai calon BN bagi PRK Chini.

Namun, Najib berpendirian bahawa pemimpin Umno di kawasan itu lebih sesuai diletakkan sebagai calon berbanding Nizar.

“Ramai dalam bahagian Umno Pekan dan rakan-rakan BN juga menyokong Nizar dicalonkan.

“Namun pendirian saya ialah, ada lagi pemimpin Umno di sini yang setara atau lebih sesuai dari Nizar untuk menjadi calon PRK DUN Chini.

“Saya juga telah berbincang pendirian saya dengan Nizar dan dia bersetuju,” katanya.

“Lebih molek jika kita beri peluang pada pemimpin Umno lain di sana yang lebih sesuai,” tambahnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat