Titah Adendum: Ini soal kerajaan mahu junjung titah atau tidak? Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh meminta penjelasan kerajaan mengenai Titah Adendum berhubung tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akmal mengulas laporan media hari ini berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata ‘Zahid sokong Najib jalani tahanan rumah atas kapasiti Presiden UMNO’.

Tegas Akmal, Titah Adendum itu perlu dijunjung dan kerajaan tidak boleh berdolak dalik dengan pelbagai alasan.

“Ini bukan soal presiden parti atau kerajaan.

”Ini soal sama ada kerajaan mahu menjunjung titah atau sebaliknya?,” soal Akmal.

Kata Akmal lagi, rakyat mahukan penjelasan, bukan dengan mencipta pelbagai alasan seperti yang dilaporkan media.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau enggan terlibat dengan pertikaian “perintah tambahan” berhubung tahanan rumah membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

Anwar menegaskan, perkara itu adalah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu.

“Saya tak mahu terlibat perbincangan soal titah adendum sebagainya, ini bidang kuasa lembaga pengampunan dan wewenang sepenuhnya Agong atau Raja-raja Melayu.

“Sepatutnya semua pihak terima kenyataan tersebut dan terus dengan tumpuan kita untuk jamin keamanan, kuatkan kestabilan politik dan membangunkan negara,” katanya lapor FMT di Kajang pada Jumaat.

Anwar berkata, beliau juga maklum berkenaan afidavit difailkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan isu berkenaan.

Katanya, pendirian kerajaan juga adalah tidak mencabar sebarang keputusan melibatkan institusi beraja di mahkamah.

“Beliau lakukan sebagai Presiden Umno…pendirian kita semua urusan yang melibatkan Raja-raja tidak harus dicabar di mahkamah.

“Jadi, sebab itu saya tak mahu ulas, ini prinsip dan pendirian kerajaan bukan hanya sekarang tapi selamanya sejak merdeka sampai sekarang ini dia pendirian kita sebagai kerajaan,” katanya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat