Bertenang, saudara bukan ‘walanon’ kata Adam Adli kepada Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Adam Adli meminta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh agar bertenang dalam mengeluarkan kenyataan peribadi mahupun rasmi.

Menurut, kenyataan Dr Akmal yang berhubung kenyataan Perdana Menteri hari ini berhubung Titah Adendum adalah salah kerana Akmal seorang Ketua Pemuda dalam gabungan parti pemerintah hari ini.

Jelasnya, Ketua Pemuda UMNO itu bukan seorang walanon.

“Saudara Akmal Saleh mungkin boleh bertenang dan pandang kiri kanan sikit dalam mengeluarkan kenyataan samada peribadi mahupun rasmi.

”Yang disinggung oleh Saudara itu Presiden kami, Perdana Menteri kita semua. Mungkin Saudara bukan “walanon” tetapi Saudara tetap salah seorang Ketua Pemuda dalam gabungan parti pemerintah hari ini,” kata Adam menerusi akaun X, pada Jumaat.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh meminta penjelasan kerajaan mengenai Titah Adendum berhubung tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akmal mengulas laporan media hari ini berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata ‘Zahid sokong Najib jalani tahanan rumah atas kapasiti Presiden UMNO’.

Tegas Akmal, Titah Adendum itu perlu dijunjung dan kerajaan tidak boleh berdolak dalik dengan pelbagai alasan.

“Ini bukan soal presiden parti atau kerajaan.

”Ini soal sama ada kerajaan mahu menjunjung titah atau sebaliknya?,” soal Akmal.

Kata Akmal lagi, rakyat mahukan penjelasan, bukan dengan mencipta pelbagai alasan seperti yang dilaporkan media.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat