Ismail Mohamed Said mengaku buang beras di Kuala Krau

- Advertisement -

KUALA lumpur – “Saya bertanggungjawab penuh dan sangat menyesali perkara ini, dan memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur yang viral di media sosial semalam.

“Saya ambil maklum dan terima kasih atas keprihatinan serta sensitiviti rakyat Malaysia terhadap isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Temerloh Pahang,” kata bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, lapor BH di Temerloh.

Lewat petang semalam, tular di media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin, tepung dan barangan makanan lain dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum di Temerloh.

Gambar itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan juga Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Susulan itu, ramai netizen beri komen negatif dan membuat pelbagai andaian mengapa perkara itu terjadi kerana dianggap satu pembaziran dan merugikan.

Bagaimanapun wartawan yang menunggu sejak pagi hampa kerana Ismail tidak hadir dan hanya mengedarkan kenyataan media sahaja melalui pegawai khas beliau di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Krau, Pusat Komuniti Parlimen Kuala Krau, di Rumpun Makmur.

Bagaimanapun, Ismail berkata, beras dan barangan dapur berkenaan stok simpanan yang disediakan untuk orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

Barangan dapur berkenaan disediakan menggunakan peruntukan peribadi, sebelum tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun 2022 dan dalam tempoh berkempen, tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan.

Katanya pembelian barangan dapur ini tidak membabitkan peruntukan Kerajaan Persekutuan atau peruntukan Kerajaan Negeri Pahang.

Ia juga tidak membabitkan peruntukan barangan dalam tempoh COVID 19 atau persiapan pangkalan hadapan menghadapi banjir.

Pada tarikh 5 April 2024, saya telah menerima aduan daripada jiran yang menyatakan terdapat bau busuk di tempat stor simpanan barangan dapur tersebut.

Ismail pernah menjawat Timbalan Menteri Dalam Negeri antara Mac 2020 – November 2022.

Siasatan di stor simpanan ini mendapati terdapat beberapa ekor bangkai tikus dan beras serta barangan dapur ini telah dicemari bubuk dan kutu beras.

Menurutnya, sebahagian daripada beras ini telah diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar, dan sebahagian lagi telah dilupuskan.

Barangan lain seperti tepung, sardin, mi juga tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana tercemar.

Tinjauan wartawan mendapati kawasan pelupusan barangan tersebut telah ditutup oleh SW Corp dan telah dikambus dengan tanah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat