“AS, UK kamu negara bangsat” – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melabel Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) sebagai negara bangsat.

Di Instagramnya, Khairy berkongsi laporan berita The Guardian bertajuk “US vetoes Palestinian request for full UN membership” dan beliau menulis “Kamu negara bangsat” dengan menamakan @usembassykl dan @ukinmalaysia.

Kecaman ini susulan AS menggagalkan percubaan sekian lama Palestin untuk menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (AS) apabila menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan usaha berkenaan oleh Majlis Keselamatan.

Langkah sekutu paling kuat Israel itu dilaksanakan lebih enam bulan selepas Rejim Zionis menceroboh wilayah Palestin di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu.

Sebanyak 12 negara menyokong draf resolusi cadangan keanggotaan penuh Palestin dalam PBB oleh Majlis Keselamatan semalam dengan hanya Britain dan Switzerland berkecuali.

Pejabat pemimpin Palestin, Mahmud Abbas menyifatkan tindakan AS menggunakan kuasa vetonya sebagai ‘keganasan terang-terangan yang akan mendekatkan Asia Barat ke jurang kehancuran.’

“Walaupun resolusi ini gagal, ia tidak akan mematahkan semangat dan keazaman kami.

“Kami tidak akan menghentikan usaha kami. Negara Palestin tidak boleh dihalang. Ia adalah hakikat,” kata Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour.

Draf resolusi itu meminta Perhimpunan Agung memberikan keanggotaan penuh kepada Negara Palestin dalam PBB bagi menggantikan status ‘negara pemerhati bukan anggota’ yang dipegang Palestin sejak tahun 2012.

Di sebalik penggunaan kuasa veto oleh Washington, Duta Algeria, Amar Bendjama yang memperkenalkan draf berkenaan berkata, sokongan ‘padu’ kepada resolusi itu memberikan mesej sangat jelas bahawa Palestin adalah anggota penuh PBB dan ‘penyokong mereka akan kembali dengan lebih kuat dan lebih lantang’.

Sebarang permintaan untuk menjadi negara anggota PBB perlu mendapatkan cadangan daripada Majlis Keselamatan. Ini bermakna resolusi mengenainya memerlukan sokongan sekurang-kurangnya sembilan daripada 15 undi majlis berkenaan tanpa pembatalan menerusi kuasa veto.

Permohonan tersebut seterusnya perlu mendapat undi dua pertiga pada Perhimpunan Agung PBB.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat