Kentut Tidak Sebar Covid-19 Jika Anda Pakai Seluar – Laporan

- Advertisement -

Penemuan seorang doktor dari Australia berkaitan penyebaran wabak Covid-19 mengejutkan ramai pihak.

Virus yang menyebabkan ratusan ribu kematian di seluruh dunia ini dipercayai boleh tersebar melalui kentut.

Beberapa orang doktor sebelum ini memberi amaran bahawa kentut mempunyai zarah kotoran kecil yang boleh menyebarkan bakteria.

Namun mereka memberitahu kajian lebih banyak perlu dilakukan bagi mengetahui kesan-kesan kentut dalam penularan wabak ini kepada orang lain.

Doktor Xander Van Tulleken yang menjadi hos dalam program bersiri CBBC, Operation Ouch turut berbincang mengenai perkara ini yang menjadi bualan di media sosial.

Dia membincangkan hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Andy Tagg ini.

Menurut laporan Daily Mail, dalam kajian yang dijalankan awal tahun ini mendapati, 55% pesakit Covid-19 mempunyai virus dalam najisnya.

“Covid-19 boleh dikesan dalam najis individu tanpa gejala sehingga 17 hari.

”Doktor itu menambah bahawa kajian sebelum ini menunjukkan kentut mempunyai kekuatan untuk mengeluarkan serbuk seperti serbuk talkum untuk jarak yang jauh.”

Sementara itu, seorang lagi doktor dari Australia, Dr Karl Kruszelnicki dan pakar mikrobiologi Dr Luke Tennent menjalani kajian sama ada kentut boleh menyebarkan wabak penyakit.

Dr Tennent meminta rakan sekerja untuk mengalirkan angin terus ke dalam 2 piring petri dari jarak 5cm pertama ketika memakai seluar, dan satu lagi tanpa pakai seluar.

Dia mendapati bahawa piring petri pertama tetap bersih, sementara yang kedua ditumbuh bakteria, namun ia tidak berbahaya.

Selain itu, awal tahun ini, Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China mengumumkan seluar harus menjadi penghalang berkesan ketika mengeluarkan kentut yang mungkin membawa Covid-19.

Dinyatakan kentut tidak mungkin boleh menyebarkan virus dengan syarat memakai seluar yang sesuai.

Malah mereka turut memberi amaran jika pesakit yang dijangkiti tidak memakai seluar, dan mereka mengeluarkan sejumlah besar gas, ia boleh memberi risiko kepada orang lain yang menghidunya.

Dr Tagg menambah: “Mungkin Covid-19 dapat disebarkan melalui kekuatan kentut, namun kami memerlukan lebih banyak bukti.”

“Oleh itu, ingatlah untuk selalu memakai PPE yang sesuai dan kekal selamat!”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat