Nenek 97 Tahun, Pesakit Tertua Sembuh COVID19

- Advertisement -

BRAZIL: Gina Dal Colleto, 97 tahun, mencatat rekod sebagai pesakit tertua benua Amerika yang diketahui sembuh dari COVID19 setakat ini.

Brazil adalah antara negara yang paling teruk dilanda wabak COVID-19 di benua berkenaan.

Ketika mula dimasukkan ke hospital pada 1 April yang lepas, tiada siapa memberikan harapan yang wanita tua itu akan sembuh.

Sebagai satu satunya yang masih hidup dari kalangan 11 adik beradik yang lain, Dal Colleto hidup bersendirian di bandar pelabuhan Santos kata Rede D’Or São Luiz yang mengawal hospital Vila Nova Star Dalam satu kenyataan.

“Walaupun telah hidup selama hampir satu abad, Gina mempunyai rutin yang aktif, gemar berjalan, membeli belah dan memasak”, kata kenyataan tersebut. “Dia mempunyai 5 orang cucu dan 6 orang cicit

Semasa dirawat, Gina diberi bantuan pernafasan dan ditempatkan di unit Rawatan rapi (ICU).

Setakat Ahad, 1,223 telah meninggal dunia akibat wabak tersebut, tambahan 99 kematian dari hari sebelumnya. Lebih 20 ribu orang telah dijangkiti virus tersebut di Brazil setakat ini.

– SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat