Dr Akmal junjung kasih Agong, TMJ tegas isu kalimah Allah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berhubung isu kalimah Allah.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, beliau dan seluruh kepimpinan Pemuda Umno menjunjung kasih titah berkenaan yang menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan kalimah Allah dan memastikan agar ia tidak berulang lagi.

“Ketika keadaan berada dalam kecelaruan, rakyat khususnya umat Islam berdukacita diatas insiden tersebut. Patik dan kepimpinan bersetuju bahawa isu ini tidak boleh dipandang remeh dan tindakan tegas perlu diambil.

“Oleh demikian, titah Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Mahkota amat bermakna dan penting kepada usaha memelihara kesucian, keharmonianan serta penghormatan kepada agama rasmi tanah air.

“Semoga Agong, dan Tunku Mahkota sekeluarga sentiasa dirahmati Allah SWT serta rakyat di bawah naungan Baginda,” ucap Dr Akmal dalam kenyataan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat