Gelombang haba, TNB disaran beri rebat -Hisamudin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberi rebat 15 ke 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac, bagi rumah rumah yang bernilai RM300,000 ke bawah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan supaya dapat meringankan beban kewangan rakyat di Wilayah Persekutuan.

Senator, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya dalam perbahasan di Dewan Negara hari ini mencadangkan usul demikian mengambil kira situasi gelombang haba yang melanda negara ketika ini

“Negara dijangka mengalami cuaca yang lebih panas dan kering berbanding kebiasaan berikutan ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama, susulan fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung bulan Mac ini.
“Kami di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan amat terkesan dengan keadaan gelombang haba ini.

“Kehidupan harian menjadi lebih mencabar. Secara langsung, kos penggunaan elektrik menjadi berlipat-ganda berikutan penggunaan penghawa dingin dan kipas yang berpanjangan,” katanya pada Selasa.

Selain itu, Hisamudin juga menyentuh soal usaha menoktahkan kemiskinan tegar melalui dasar Malaysia Madani.

Kata beliau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berganding bahu membantu kerajaan menanganinya daripada banyak aspek, antaranya perkhidmatan kediaman, pendidikan serta pembangunan komuniti, seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah, Skim Perubatan Madani, Skim Keselamatan Suri Rumah dan lain-lain.

“Di Kuala Lumpur, sebanyak 35 peratus rakyat yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) adalah golongan miskin bandar. Program-program jangka pendek Kerajaan yang berbentuk pemberian tunai dan bantuan ‘one-off’ kepada Ketua Isi Rumah tidak menyelesaikan masalah
kemiskinan di bandar.

” Sedangkan kursus dan latihan kemahiran yang ditawarkan juga kurang menarik minat golongan asnaf.

“Bagaimana pula dengan asnaf yang tidak produktif dan apakah kaedah yang sesuai untuk mereka yang kebanyakannya dalam kategori warga emas?

“Saya ingin bertanya, apakah bantuan jangka panjang yang dirancang oleh Kerajaan bagi membantu golongan ini untuk mencapai kemiskinan sifar bandar? Untuk makluman, bantuan bantuan jangka pendek yang berbentuk tunai yang disalurkan oleh kerajaan, hanyalah mampu menampung beban hidup lebih kurang 6 bulan sahaja,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat