DAP tak setuju pendekatan Dr Akmal sebab KK Mart dah minta maaf – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pemimpin parti politik seharusnya tidak membesarkan sesuatu isu terutama berkaitan perkara yang sensitif termasuk isu penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’ di pasar raya KK Mart.

Sebaliknya, pemimpin parti politik sepatutnya menjadi ‘pembina jambatan’ dalam mengeratkan semangat perpaduan di negara ini dan perlu menyelesaikan isu-isu sensitif dengan lebih harmoni, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Menurut Anthony, pandangan itu juga telah disampaikan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika majlis berbuka puasa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan dan perwakilan asing di Istana Negara, semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh yang membidas KK Mart susulan penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’ dalam tulisan rumi dan jawi di pasar raya berkenaan dan turut menggesa orang ramai untuk memboikot KK Mart sekiranya tidak membuat permohonan maaf secara bertulis.

Mengulas lanjut, Anthony juga tidak bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan Dr Akmal kerana KK Mart telah mengemukakan permohonan maaf serta mengakui kesilapan mereka.

“Jadi apabila permohonan maaf itu dibuat, sepatutnya kita menyelesaikan isu itu dengan baik dan membina jambatan. Kita merasakan bahawa dalam isu sensitif ini perlu ditangani dengan berhemah.

“Saya sendiri telah menghubungi Pengasas KK Mart, Datuk Seri KK Chai yang kebetulan saya kenali beliau dan saya telahpun bantu dia mengaturkan satu pertemuan dengan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“KK Chai telah bertemu dengan pihak JAKIM semalam untuk memberikan penjelasan dan sebagainya. Jadi ada prosesnya dengan ada pihak berkuasa agama dan sebagainya yang akan menyiasat perkara yang berlaku tersebut,” lapor BH.

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Sabtu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ‘Allah’, di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Pengendali rangkaian kedai serbaneka itu turut meminta supaya pengguna tidak memboikot perniagaannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat