Palam pintu Boeing 737 Alaska buatan Malaysia dilulus FAA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Palam pintu buatan Malaysia yang tercabut daripada pesawat Boeing 737 MAX 9 Alaska Airlines mendapat kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, walaupun ia dibuat di Malaysia, FAA yang meluluskan produk itu.

Bagaimanapun, Loke berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah menawarkan bantuan kepada FAA yang sedang menyiasat perkara ini.

“(FAA) memberitahu kalau mereka perlukan bantuan, mereka akan maklumkan kita,” katanya Pelabuhan Klang pada Jumaat, lapor FMT.

Awal bulan ini, sebuah pesawat Alaska Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas sebuah tingkap dan sebahagian dinding sisinya tercabut, meninggalkan lubang besar di badan pesawat dan menyebabkan tekanan kabin berkurangan secara tiba-tiba. Insiden itu berlaku tidak lama selepas pesawat itu berlepas dari Portland, Oregon.

Penumpang dalam pesawat Boeing 737 MAX 9 menggunakan media sosial untuk menyiarkan gambar dan video lubang di badan pesawat itu dengan topeng oksigen dikeluarkan.

Portal berita Oregon Public Broadcasting (OPB) melaporkan seorang guru sekolah di Portland, Bob Sauer mendakwa menemui palam pintu tercabut itu di halaman belakang rumahnya.

OPB melaporkan Sauer mencari butiran pembuatan, termasuk perkataan “Buatan Malaysia” yang ditulis tangan menggunakan pen dakwat kekal.

Semalam, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat mengesahkan palam pintu itu dihasilkan Spirit AeroSystems di Malaysia sebelum dihantar kepada pembekal Boeing di Wichita, Kansas.

Pengerusi NTSB, Jennifer Homendy dilaporkan berkata, NTSB akan menyelidik pengeluaran palam pintu itu, pengangkutan, pemasangan dan kemasukan dalam perkhidmatan, serta pemeriksaan kualiti di sepanjang proses berkenaan.

New Straits Times pula melaporkan Spirit AeroSystems enggan mengulas inskripsi dan kejadian membabitkan Alaska Airlines itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat