‘Kempen Grab Blackout’ – GEM tak halang ahli tuntut hak secara individu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gabungan eHailing Malaysia (GEM) tidak menghalang mana-mana ahli di bawah pertubuhan itu yang bergerak secara individu untuk menuntut hak mereka sekiranya merasakan ditindas.

Ketua aktivitisnya, Jose Rizal berkata, sebagai NGO yang berdaftar, GEM bersifat neutral tetapi tidak menghalang mereka yang mengambil tindakan secara individu untuk menuntut hak.

“Dalam hal ini, kerajaan perlu berani dan proaktif untuk meregulasi kerjaya baharu ini agar perlindungan sosial mereka terjamin dan tidak diperhambakan dalam arus kemodenan dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ‘Kempen Grab Blackout’ anjuran pemandu rider Grab hari ini.

Kempen itu dianjurkan pemandu e-hailing bagi menuntut hak mereka yang mendakwa harga penghantaran yang ditetapkan terlalu murah.

Difahamkan kempen itu diadakan hari ini pada jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam ini di seluruh negara.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia, Arif Asyraf Ali ketika mengulas isu sama, berkata pihaknya tidak terbabit dengan kempen Grab Blackout.

“Kami tak terbabit dengan kempen Grab Blackout. Jadi, agak sukar untuk komen sesuatu yang kami kurang pasti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat