“Kalau betul Johor nak buat PRN, MB kena mengadap Sultan”

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Putrajaya menyerahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Johor sama ada mahu meneruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) atau sebaliknya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga malah memberitahu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga tidak membincangkan isu PRN Johor sekali gus memberi sepenuh amanah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad untuk menilai keperluan pilihan raya negeri itu.

“PRN Johor terserah kepada kerajaan Johor lah yang menentukan.

“Kalau Menteri Besar rasa ada perlu pilihan raya maka beliau mengadap Sultan Johor… jadi keputusan itu adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Johor.

“MKT pun tak bincang langsung, UMNO serah kepada Menteri Besar Johor,” kata Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO di Putrajaya malam ini.

Tersebar desas-desus kononnya UMNO menuntut PRN Johor dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi mengukuhkan kedudukan parti Melayu itu di negeri Johor..

Bahkan timbul dakwaan UMNO berhasrat untuk ‘tapau’ Bersatu di negeri itu, namun perkara itu masih samar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat