RFID: Sediakan lorong tol pilihan, jangan tekan pengguna lebuh raya – PM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertegas supaya pengguna lebuh raya diberi diberi pilihan sama ada menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Touch N Go (TnG), atau smart tag untuk pembayaran tol.

Langkah penyediaan pilihan di lorong-lorong tol itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu,” kata Ismail Sabri.

Menurutnya, pilihan sama turut telah diberikan kepada pengguna sewaktu peralihan pembayaran tunai kepada TnG dan smart tag.

“Sekarang kita mahu memperkenalkan RFID untuk percepatkan laluan, tiada gate dan sebagainya. Cadangan itu bagus tetapi dari segi pengguna, mereka mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID, TnG atau smart tag,” kata Perdana Menteri di Putrajaya malam ini.

Ismail Sabri memaklumkan konsesi lebuh raya tidak wajar memberi tekanan kepada pengguna lebuh raya memandangkan RFID masih lagi di peringkat ‘pilot project’.

“Kalau ada 10 lorong beberapa lorong untuk RFID, lorong lain masih lagi TnG dan juga smart tag.

“Jadi kita tak mahu ada tekanan kepada pengguna jalan raya, berikan mereka kebebasan memilih.

“Ini saya dimaklumkan sebagai ‘pilot project’ jadi sama lah serahkan kepada pengguna untuk buat pilihan. Akhirnya kalau mereka rasa RFID mudahkan perjalanan, mereka boleh migrate,” tegas Perdana Menteri.

Selain itu, ujar beliau sekiranya RFID akan mengenakan sebarang bayaran pada masa akan datang ia perlu dirujuk kepada Kabinet terlebih dahulu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat