CYBERJAYA: Sumbangan bantuan kemanusiaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mangsa banjir di negeri Pahang mendapat penghargaan daripada Menteri Luar Negeri, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien.
Hisham melalui ucapan penghargaan terima kasihnya di Facebook memberitahu, hubungan Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu bukanlah satu hubungan diplomasi biasa sahaja, malah ianya berbentuk sebuah hubungan kekeluargaan yang erat dan saling menghormati.
“Malaysia amat hargai keakraban ini,
“Sekian lama bersahabat, yang terus jadi kekuatan hubungan erat Malaysia dan UAE ialah semangat kebersamaan” katanya.
Menurut Hishammuddin lagi, UAE adalah negara terawal menghulurkan bantuan COVID-19. dan baru-baru ini, UAE juga terawal untuk memberi sumbangan bantuan banjir khususnya kepada Pahang.
“Bagi pihak KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan Malaysia, Wisma Putra sangat berterima kasih kepada UAE terutama kedutaan UAE di Kuala Lumpur.
“Semoga hubungan erat ini kekal sampai bila-bila,” ujarnya. -SuaraTV
Baca lagi: