Malaysia Hargai Sumbangan EU Bantu Mangsa Banjir – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien mengucapkan terima kasih dan menghargai budi baik Kesatuan Eropah (EU) kerana menyumbang RM300,000 demi untuk membantu mangsa banjir di negara ini khususnya di Johor dan Pahang.

Menurut Hishammuddin, sumbangan ini menunjukkan Malaysia sebuah negara yang dihormati dunia.

“Dikala susah atau senang, akan ada sahaja rakan-rakan yang sentiasa bersama-sama kita.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya amat berterima kasih kepada Kesatuan Eropah (EU) yang bermurah hati menyumbang RM300,000 demi membantu mangsa banjir khususnya di Johor dan Pahang,” katanya di laman Facebook beliau.

“Malaysia dan EU akan terus bersama!” tegasnya.

Terdahulu, EU dalam satu kenyataan mereka berkata, bantuan kemanusiaan kepada Malaysia ini adalah berikutan banjir besar yang telah berlaku khususnya di Johor dan Pahang.

“Bantuan kemanusiaan yang berjumlah RM300,000 adalah untuk mereka yang terjejas teruk.

“Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 5,000 orang di beberapa kawasan yang paling dilanda banjir seperti Johor dan Pahang,” kata kenyataan tersebut.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan bantuan tersebut kepada mereka yang terjejas melalui pengagihan wang tunai, jelas EU lagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat