Lim Kit Siang Dakwa Malu Jadi Rakyat Malaysia, Jadikan Isu Covid-19 Sebagai Alasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang mahu para pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memboikot Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) ekoran kegagalan parti kerajaan itu menangani kes Covid-19.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, sepanjang 10 hari lepas, purata kes harian baharu di Indonesia bersamaan 7.2 peratus daripada purata kes harian di Malaysia.

Tambah Kit Siang, perkara itu sangat memalukan kerana negara jiran itu mempunyai jumlah penduduk lapan kali ganda berbanding Malaysia.

“Saya berasa malu sebagai seorang rakyat Malaysia apabila melihat prestasi buruk yang ditunjukkan negara dalam perang melawan wabak Covid-19 berbanding negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina, malah India,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 6,280 kes harian baharu Covid-19 dan 68 korban akibat wabak itu.

Menurut Kit Siang, angka tersebut tinggi jika dibandingkan dengan jumlah kes jangkitan dan kematian yang direkodkan semasa pengisytiharan darurat.

“Saya menyeru pengundi Melaka untuk menolak calon PN dan BN atas sebab prestasi buruk Malaysia dalam menangani wabak Covid-19,” katanya.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November ini – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat