Pesawat Canggih F35 Milik Britain Terhempas

- Advertisement -

LONDON – Sebuah pesawat pejuang canggih, F35 milik Britain yang berlepas dari kapal pengangkut HMS Queen Elizabeth terhempas di timur Laut Mediterranean, semalam.

Bagaimanapun, juruterbangnya sempat menyelamatkan diri dan dibawa ke kapal pengangkut pesawat itu, lapor Defense News.

Pesawat F-35B boleh mendarat secara menegak dan ia merupakan salah sebuah daripada lapan pesawat jenis itu berada atas kapal pengangkut tersebut yang pulang dari Timur Jauh.

Pesawat F-35 itu merupakan salah sebuah daripada 24 buah yang diterima Britain.

Britain memesan 48 pesawat jenis itu namun mahu membeli 138 buah walaupun bilangannya mungkin akan dikurangkan.

Sebanyak 10 buah pesawat F-35-B milik Marin Amarika Syarikat (AS) ditempatkan di atas kapal pengangkut tersebut.

Kementerian Pertahanan berkata, kemalangan berlaku pada jam 10:00 GMT semasa operasi rutin dari kapal pengangkut itu. Tiada pesawat lain terlibat.

Siasatan mengenai punca kemalangan sedang dilakukan, katanya. – Defense News

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat