Hina Allah, Pemuda UMNO Titiwangsa Desak Kit Siang Minta Maaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa berpendapat tulisan terbaharu Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di blognya berkenaan ‘Kerajaan Allah’ bersifat menghina Islam malah bertujuan mengelirukan orang ramai terhadap Islam dan boleh mengundang perbalahan antara kaum dan agama.

Hal demikian, Ketuanya, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin menuntut Kit Siang yang juga veteran DAP itu memohon maaf secara terbuka dan memadam artikel tersebut bagi mengelak konflik perkauman dan agama ketika rakyat sedang tertekan dengan pandemik Covid-19.

“Satu laporan polis juga akan dibuat secepat mungkin bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas usaha mencetuskan ketidaktenteraman awam.

“Sikap dan tulisan Lim Kit Siang ini menunjukkan DAP tidak pernah berubah ideologi politik dan sikap bias sejak penubuhannya,” bidas Nazir sebagai respon kepada tulisan terbaru di blog pemimpin DAP berkenaan.

Menurut Nazir dalam kenyataannya medianya pada Isnin, Kit Siang menulis dalam blognya, “If ‘Allah’s government’ is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to Hong Kong, New Zealand, South Korea, China, Japan, Russia, Thailand, Singapore, Vietnam and Taiwan none of which can claim to be “Allah’s government” .

Terjemahannya bermaksud, “Sekiranya “Kerajaan Allah” adalah bentuk pemerintahan terbaik dalam Pandemik Covid-19, mengapa Malaysia dalam senarai bawah dalam indeks global ekonomi berbanding Hong Kong, New Zealand, Korea Selatan, China, Jepun, Rusia, Thailand , Singapura, Vietnam dan Taiwan yang semuanya tidak pernah mengaku “Kerajaan Allah”.

Kata Nazir lagi, kononnya Kit Siang menulis sebagai respon kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Bagaimanapun maklum balas beliau langsung tidak selari dengan kenyataan Abdul Hadi mengenai “Kerajaan Allah”.

“Abdul Hadi tidak pernah berkata kerajaan Malaysia hari ini adalah “Kerajaan Allah” seperti mana yang cuba digambarkan oleh Kit Siang.

“Sebaliknya kenyataan Abdul Hadi berbunyi, “… Pandemik Covid-19 adalah ujian kepada manusia, dan hanya “Kerajaan Allah’ yang maha berkuasa dan maha sempurna boleh menghapuskan virus tersebut. Manusia tetap mempunyai kekurangan dan kelemahan. Oleh itu pemimpin perlu bermuhasabah diri,” jelas Nazir.

Justeru kata beliau adalah sangat jelas kenyataan Kit Siang ini bertujuan mewujudkan kebencian dan mengheret orang bukan Islam untuk mempermain dan menghina agama Islam.

“Mustahil setelah berpuluh tahun menjadi wakil rakyat, Kit Siang masih tidak memahami ayat-ayat mudah yang diungkapkan oleh Presiden PAS itu,” kritik beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat